Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi, Jalin Hubungan Dengan Minah Rempit?

291

Meskipun satu demi satu kecurangan Aliff Aziz dibongkarkan oleh isterinya, namun Bella Astillah tetap memaafkan suaminya itu dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Susulan itu, ramai netizen muak dengan tindakan Bella yang hanya meluahkan perasaan mengenai suaminya namun jika terjadi lagi isu yang sama Bella begitu mudah memaafkan Aliff.

Namun, kali ini kecurangan Aliff tidak didedahkan oleh Bella tetapi gambar lelaki mirip Aliff Aziz yang tidak berbaju itu dimuat naik oleh seorang wanita yang berang apabila gadis yang menjalin hubungan dengan pelakon itu enggan membayar hutang kepada abangnya.

Bagaimanapun, gadis yang menggunakan nama @nismelll di Instagram itu menafikan ada lepak bersama Aliff. Hasil carian netizen, kedua mereka saling mengikuti di media sosial Instagram. Difahamkan, gadis tersebut baru saja berusia 17 tahun.

Pendedahan itu ternyata tidak mengejutkan mengejutkan netizen, sebaliknya ramai yang meluahkan rasa hairan mengapa gadis itu yang menjadi pilihan Aliff.

Setakat ini Bella Astillah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial mengenai kecurangan suaminya. Apa pun sama-sama kita nantikan.

Sumber: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here