Biasalah, orang kata gurau-gurau dahulu manalah tahu kemudian menjadi kenyataan kan.
Dek kerana Farah Lee memuat naik gambar bersama seorang jejaka bermata biru, mengundang perhatian netizen.
Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dengan soalan bertanyakan pendapat, nyata tindakan bekas isteri Ally Iskandar ini mendapat jawapan yang cukup positif.
“Jadi macam mana ni korang? Restu ke tak?” tulis ibu kepada Maream Esabel itu dalam nada berseloroh.

Rata-rata komen pengikut yang mengikuti akaun Instagram wanita berusia 30 tahun ini, teruja dan ‘merestui’ melihatkan gambar Farah yang tersenyum manis di samping Maream dan jejaka bernama Arthur Rashid.
Namun rupa-rupanya, Farah Lee dan Arthur hanyalah bekerjasama menjayakan sesi penggambaran bagi koleksi baju raya di United Kingdom.
Sumber-MHE TV