Isteri Dedah Ammar Alfian Curang Ketika Hamil 6 Bulan?

190

Sejak kebelakangn ini semakin banyak pula kes curang membabitkan selebriti tanah air. Terbaru, isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nellisa Nezam mendakwa suaminya curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan.

Pendedahan itu dibuat oleh Nellisa menerusi Instagram miliknya semalam. Menerusi entri tersebut, Nelissa juga tidak menyangka suaminya yang dikahwini selama tiga tahun sanggup melakukannya sedemikian rupa.

“Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya 6 bulan.

“Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat.

“Saya tidak sangka boleh berkahwin dengan seseorang yang tidak berhati perut. Tetapi saya percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmah dan Allah mempunyai rencana lebih baik untuk saya dan anak.

“Biarpun Ramadan ini adalah yang paling getir, saya tetap bersyukur kerana ia banyak memberi saya pengajaran. Semoga semuanya akan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” tulisnya.

Hasil pemerhatian, Nelisa juga telah memadam fotonya bersama Ammar. Malah, pendedahan mengenai suaminya itu juga dipadam daripada Instagram selepas beberapa jam dimuat naik.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Ammar Alfian mengenai isu ini. Untuk rekod, Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dalam satu majlis tertutup.

Sumber: Roti Kaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here